BARCELONA – Ketua jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde hanya mampu memuji kaptennya, Lionel Messi yang sekali lagi menyelamatkan maruah pasukan itu. Dua gol Messi, 31, pada lewat permainan membantu Barcelona mencatat kemenangan 2-0 ke atas Espanyol dalam pertembungan derbi Catalan pada aksi La Liga di Camp Nou kelmarin. Kecemerlangan itu pastinya melenyapkan kritikan terhadap Messi yang menarik diri daripada mewakili Argentina menentang Maghribi atas alasan kecederaan minggu lalu. “Saya tidak mahu…