Messi, Suarez selamatkan maruah Barcelona - Utusan Malaysia

Messi, Suarez selamatkan maruah Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Dua pemain bintang, Lionel Messi dan Luis Suarez menjadi penyelamat buat Barcelona yang mempamer kebangkitan luar biasa ketika seri 4-4 dengan Villarreal di Stadium La Ceramica awal pagi semalam, sekali gus hampir menjamin peluang mereka menewaskan Atletico Madrid dalam perebutan gelaran juara La Liga musim ini.

Atletico bakal berdepan Barca pada aksi di Camp Nou Sabtu ini dan mereka pada mulanya diberi harapan tinggi apabila kelab bergelut, Villarreal yang diketuai Santi Carzola berjaya mendahului kelab Catalan tersebut 4-2 sehingga ke hujung permainan.

Namun, Messi yang masuk sebagai pemain gantian, berjaya merapatkan kedudukan 4-3 pada minit ke-90 sebelum rembatan Suarez pada minit ke-93 berjaya mengikat perlawanan 4-4 dan menghadiahkan satu mata kepada Barca.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan itu dilihat kembali merapatkan jurang kedudukan di antara Barca dan Atletico dengan lapan mata, namun jurulatihnya, Ernesto Valverde menganggapnya seperti satu kemenangan psikologi dalam diri para pemainnya.

“Akhirnya hanya satu mata sahaja berjaya dikutip oleh kedua-dua pasukan dan saya sudah dapat merasakan bahawa kami mampu bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat kedudukan pada minit-minit terakhir permainan,” jelas Valverde.

Pada aksi itu, Villarreal yang kini empat mata di atas zon penyingkiran, ketinggalan 0-2 kepada jaringan Philippe Coutinho dan Malcom pada awal permainan sebelum bangkit menyamakan kedudukan 2-2 menerusi Samuel Chukwueze dan Karl Toko Ekambi dan mendahului 4-2 hasil jaringan Vicente Iborra serta Carlos Bacca pada babak kedua.

Namun, hajat mereka untuk memenangi tiga mata ke atas Barca tidak tercapai apabila Messi dan Sua­rez berjaya menyamakan kedudukan.

“Semangat tidak mahu mengalah yang kami tunjukkan pada lewat permainan amat menakjubkan dan ia membuktikan bahawa kami benar-benar mahu menjuarai gelaran liga musim ini,” kata Suarez. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini