Messi sedia halang United - Utusan Malaysia

Messi sedia halang United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 16 April – Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde berkata Lionel Messi berada dalam keadaan sempurna untuk menghadapi Manchester United pada aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi esok, waktu Malaysia.

Kali terakhir Barca mara ke peringkat separuh akhri kejohanan itu adalah empat tahun lalu namun kemenangan 1-0 di Old Trafford membuatkan mereka menjadi pasukan pilihan.

Messi antara 10 pemain yang direhatkan ketika Barca terikat tanpa jaringan menentang Huesca pada Sabtu lalu selepas dia mengalami kecederaan di bahagian hidung dan dagu ketika berebut bola dengan Chris Smalling, minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keadaan dia baik. Sudah pulih dengan sempurna. Keadaan pulih seperti biasa selepas beberapa hari. Memang benar, ketika beraksi dia mengalami sedikit kejutan namun keadaan dia berada dalam sempurna jadi tidak ada masalah untuk diturunkan.

Dalam pada itu, Valverde turut memberitahu bahawa Ousmane Dembele boleh diturunkan selepas dia bermain selama 67 minit bersama pasukan sewaktu bertemu Huesca dan telah pulih daripada kecederaan hamstring.

“Sebelum ini dia diketepikan selama empat minggu namun hari ini dia sudah bersedia untuk beraksi,” katanya lagi.

Sementara itu, meskipun ketinggalan satu gol namun pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer percaya mereka mampu bangkit seperti mana Red Devils menyingkirkan Paris Saint Germain (PSG) di peringkat kalah mati meskipun tewas 0-2 dalam aksi pertama.

“Memori ketika bertemu PSG akan membantu pemain dan kami sebagai satu pasukan kerana kami tahu perkara seperti itu boleh berlaku. Barcelona sukar diatasi di Nou Camp namun semua itu tidak mustahil,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini