NATURALISASI mungkin bagi sesetengah orang sukar untuk menyebutnya apalagi untuk memahami maksud yang tersirat di sebalik perkataan Inggeris yang di Melayukan itu. Apa pun bagi kebanyakan peminat bola sepak di Malaysia mereka sudah begitu sinonim dengan perkataan itu. Kalau mengikut kamus, naturalisasi itu bermaksud pemerolehan taraf kewarganegaraan oleh seseorang yang bukan seorang warganegara. Isu naturalisasi ini menjadi perbincangan hangat ketika Malaysia berusaha mencari pemain berkebolehan dari negara luar yang dapat…










