Kasih sayang ibu dan ayah amat mendalam bahkan dinyatakan dalam hadis bahawa tiada hijab doa kedua-dua individu itu buat anak-anak mereka. Apabila seorang anak memilih untuk mendirikan rumah tangga menandakan mereka sudah mampu berdikari dan membuat keputusan dalam hidup terutama bagi anak lelaki. Namun, masih banyak kes pasangan yang gagal mempertahankan perkahwinan ekoran termakan desakan ibu bapa dan ahli keluarga sedangkan apabila melibatkan hal berkaitan rumah tangga perlu diselesaikan sendiri…










