Menangis melihat anak selepas 138 hari koma - Utusan Malaysia

Menangis melihat anak selepas 138 hari koma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 3 April – Selepas 138 berada dalam keadaan koma disebakan komplikasi melahirkan anak sulungnya, seorang ibu hanya mampu mengalirkan air mata melihat cahaya matanya itu buat kali pertama petang semalam.

Norfadilla Che Par, 28, yang masih lagi tidak mampu bercakap meminta kepada suaminya, Mohd. Saiful Sudin, 29, untuk melihat anaknya yang kini sudah berusia hampir lima bulan.

Mohd. Saiful berkata, isterinya yang masih berada dalam pemantauan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini mula menunjukkan perubahan positif sejak Januari lalu dan sedar sejak baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isteri saya tidak mampu bercakap lagi namun menyatakan hasrat melalui isyarat untuk menatap wajah anak sulung kami. Doktor memberikan kebenaran dan pertemuan itu diaturkan semalam.

“Bagi mengelakkan bayi kami terkena jangkitan di wad, isteri dan anak saya dipertemukan di hadapan dewan bedah ICU ini.

“Isteri hanya mampu mengalirkan air mata, saya fikir perasaan gembira bercampur baur dengan sebak apabila menatap cahaya mata kami buat kali pertama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd. Saiful berkata, isterinya sudah hampir pulih 80 peratus namun masih memerlukan rawatan di wad tersebut.

“Sebaik tersedar baru-baru ini dia hanya melihat gambar anak kami di telefon bimbit kerana bayi tidak boleh dibawa memasuki wad. Namun, doktor suruh bawa anak ke hospital pada ‪pukul 10‬ pagi semalam.

“Jadi dia menyentuhnya buat kali pertama semalam dan dia hanya mampu mengalirkan air mata sahaja sepanjang waktu itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini