KOTA BHARU – Seorang ibu yang koma selama 138 hari akibat komplikasi semasa beranak hanya mampu mengalirkan air mata melihat anak lelaki sulungnya buat kali pertama semalam. Perasaan Norfadilla Che Par, 28, yang gembira bercampur sebak melihat bayinya, Muhamad Syahmi Mohd. Saiful yang dilahirkannya itu kini sudah hampir memasuki usia lima bulan. Wanita itu koma selepas menjalani pembedahan untuk bersalin dan mengalami tekanan darah rendah, degupan jantungnya turut berhenti selama…










