ALLAH SWT menjadikan manusia untuk hidup di dunia dengan tiga tujuan. Pertama, sebagai hamba Allah. Kedua, sebagai khalifah. Memimpin diri sendiri dan orang yang berada di bawah tanggungjawabnya. Ketiga, wajib menjalankan kehidupan di dunia ini mengikut hukum Allah. Bagi mengetahui tujuan manusia dihidupkan, perkara penting yang perlu difahami adalah tentang erti kehidupan dan peringkat kehidupan. Peringkat pertama, alam roh. Sebelum manusia itu dilahirkan, roh sudah ditetapkan dan dimasukkan ke dalam…










