MELAKA 30 April – Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM660 juta kepada kerajaan negeri bagi membangunkan 116 projek pembangunan infrastruktur di seluruh Melaka sepanjang tahun ini. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kesemua peruntukan tersebut telah diluluskan dan akan digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan demi manfaat rakyat. Menurutnya, terdapat juga permohonan tambahan yang diterima daripada Melaka terutamanya bagi menyelesaikan beberapa isu utama termasuk masalah banjir di…










