MELAKA 6 April – Kerajaan negeri melalui Tabung Amanah Pendidikan Melaka (Tapem) memperuntukkan pinjaman dan dermasiswa sebanyak RM15 juta setahun bagi pelajar yang layak menyambung pengajian ke luar negara. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, peruntukan tahunan itu bagi digunakan kumpulan pelajar cemerlang yang layak secara menyeluruh tanpa tertumpu kepada satu bidang sahaja. Menurutnya, antara bidang itu termasuklah pengajian agama, kedoktoran, kejuruteraan malah bidang sukan sekalipun layak untuk diberi peluang sekiranya…










