PETALING JAYA 29 April – Rangkaian makanan segera McDonald’s Malaysia menyasarkan untuk membuka 20 cawangan restoran McDonald’s Drive-Thru tahun ini sebagai tambahan kepada 167 cawangan restoran McDonald’s pandu lalu sedia ada. Pengarah dan Rakan Kongsi Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar berkata segmen Drive-Thru mencatatkan pertumbuhan signifikan sejak restoran pandu lalu pertamanya dibuka dan sehingga kini tingkap Drive-Thru menyumbang hampir 50 peratus kepada jualan keseluruhan restoran McDonald’s Drive-Thru. Beliau berkata…










