KUALA LUMPUR 22 April – Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) menggesa pengguguran kes bunuh terhadap majikan yang didakwa mendera pembantu rumah warga Indonesia, Adelina Jerima Sau dikaji semula sekali gus memberi keadilan kepada mangsa dan keluarganya. HALIM ISHAK Pengerusinya, Halim Ishak berkata, keputusan pihak pendakwaan yang melepas tanpa membebaskan Ambika MA Shan, 61, daripada pertuduhan amat tidak wajar kerana bukti jelas menunjukkan mangsa didera dan mengalami kecederaan teruk di seluruh…










