KUALA LUMPUR 12 April – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menganjurkan kejohanan tarik tali Piala Datuk Bandar selama dua hari bermula esok.
MBSA dalam kenyataan laman web rasminya memberitahu, kejohanan yang akan diadakan di Padang B Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu dibuka kepada orang ramai terutamanya penduduk Shah Alam.
“Orang ramai dan peserta boleh hadir seawal pukul 8 pagi bagi memeriahkan suasana di samping memberi semangat kepada pasukan pilihan masing-masing.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi urusetia pertandingan di talian 012-5015337 (Zakaria) atau 012-3134881 (Mohd. Razli),” menurut laman web itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










