KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu sebentar tadi bahawa Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian telah meletakkan jawatan semalam. Beliau berkata Osman, Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas, menyerahkan dua surat peletakan jawatan itu kepadanya dalam satu pertemuan di Putrajaya semalam, dengan satu daripadanya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar “Buat sementara waktu, Johor tiada Menteri Besar,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. – Bernama










