JOHOR BAHRU 14 April – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri yang baru dilantik sebagai Menteri Besar baharu. Sultan Johor bertitah, baginda berharap Dr. Sahruddin akan dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan amanah, serta mengutamakan kepentingan negeri berbanding kepentingan diri atau politik. “Ini demi kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran ekonomi negeri Johor. “Saya juga mahukan beliau memberi keutamaan…










