Mayat warga emas dibaham buaya ditemui di Sungai Pamburung - Utusan Malaysia

Mayat warga emas dibaham buaya ditemui di Sungai Pamburung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan dibaham buaya pagi tadi, di Sungai Pamburung, Kilang Sawit KL-Kepong dekat sini, ditemui dalam keadaan menyayat hati.

Mayat Zainuddin Bedda, 61, warga Indonesia itu ditemui di tepi sungai pada pukul 11.34 pagi iaitu kira-kira dua jam selepas pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan pada 8.56 pagi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, dalam satu kenyataan berkata, lima anggota dengan sebuah kenderaan utiliti bomba digerakkan ke lokasi sejurus menerima maklumat kecemasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kenyataan itu, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya 11.38 pagi tadi. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini