Mayat kedua pelajar tahfiz ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat kedua pelajar tahfiz ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG 27 April – Seorang lagi pelajar tahfiz yang hilang ketika mandi di Sungai Kampung Shaari, Simpang Renggam dekat sini, kelmarin ditemukan lemas pagi tadi.

Mayat Mohd. Danish Mirzan Muhammad Said, 16 , ditemukan oleh penduduk kampung di Jambatan Parit Salleh pada pukul 10.29 pagi di kedudukan 20.5 kilometer daripada lokasi terakhir dilaporkan hilang.

Komander operasi, Ketua Zon 3 Kluang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penguasa Kanan Bomba II Wan Syariman Wan Saleh berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi mencari dan menyelamat yang diadakan sejak Khamis lalu ditamatkan operasi pada pukul 12.16 tengahari tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Mohd. Ammar Mazeni dan Mohd Danish Mirzan dari Sekolah Tahfiz Assidiq Gufran, Simpang Renggam dikatakan mandi bersama enam lagi rakan, namun, akibat arus sungai yang deras, kedua pelajar berkenaan telah hanyut manakala yang lain selamat.

Mayat Mohd. Ammar ditemukan semalam pukul 5.20 pagi pada jarak dua kilometer dari tempat kejadian.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini