Mayat bayi ditemukan ditanam di Kulim - Utusan Malaysia

Mayat bayi ditemukan ditanam di Kulim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Polis menemukan mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam keadaan cukup sifat yang ditanam di satu kawasan di Kampung Limau Manis, Lunas, Kulim malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Superintendan Zailani Mohd Yusof berkata, penemuan itu susulan siasatan pihak polis terhadap seorang remaja perempuan berumur 19 tahun yang baru bersalin dan telah datang menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Pegawai perubatan yang merawat remaja terbabit telah memaklumkan kepada pihak polis pada pukul 5.50 petang semalam dan pegawai polis dari Balai Polis Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah datang ke hospital untuk menyiasat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan, remaja terbabit memaklumkan dia telah bersalin pada pukul 1.45 pagi di asrama kilang tempat kerjanya di Seberang Perai dan mengaku mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya berumur 19 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zailani berkata, bayi itu dipercayai sudah tidak bernyawa ketika dilahirkan dan remaja terbabit menghubungi teman lelakinya untuk meminta bantuan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini