KUALA LUMPUR 26 April – Maxis Berhad (Maxis) berada di landasan yang tepat untuk meraih hasil perkhidmatan tahunan sebanyak RM10 bilion menjelang 2023 berbanding RM8 bilion ketika ini. Ketua Pegawai Eksekutif Interim Maxis, Gokhan Ogut berkata, Maxis telah memulakan perjalanan transformasi untuk tempoh lima tahun yang menumpukan kepada tiga bidang termasuk usaha bagi mengubah gaya hidup digital serta pengalaman peribadi untuk para pelanggannya. “Kami ingin menggandakan perniagaan perusahaan kami dalam…










