KUALA KRAI – Niat murni seorang anak untuk membantu bapanya mendulang emas bertukar tragedi apabila dia maut akibat tertimbus tanah di Ladang Fokus Bonanza, Dabong dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang, mayat Mohamad Amiraasyraf Azman, 17, hanya ditemui kira-kira pukul 6.40 petang sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Dabong.
Bapa mangsa, Azman Abdullah, 46, berkata, ketika kejadian dia sempat melihat anaknya menyelam dan mengambil nafas sebelum tanah kira-kira seluas 7 meter runtuh secara tiba-tiba.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Tanah itu kemudian menimbus keseluruhan tubuh anak saya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











