JAKARTA 17 April – Calon wakil Presiden (cawapres) nombor satu, Ma’ruf Amin mengajak rakyat Indonesia yang layak mengundi untuk bergerak ke Tempat Pemungutan Suara (TPS) dan membuang undi. Menurut Ma’ruf, setiap undian adalah sangat penting untuk masa depan negara. “Saya mengajak supaya suaranya didengari. Satu undian sahaja mempunyai nilai yang besar kerana tanpa satu, tiada yang dua. “Dua tanpa satu tidak ada tiga. Kerana itu, satu undian penting. Mari kita…










