KOTA TINGGI 15 April – Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) menahan dua kapal tangki asing yang bersauh tanpa kebenaran dalam operasi berasingan di perairan daerah ini pagi ini. Pemangku Timbalan Pengarah Operasi ZMTS, Leftenan Komander Maritim Muhammad Padzly Pasrial berkata, kapal pertama yang berdaftar di Singapura ditahan pukul 10.15 pagi pada kedudukan kira-kira 4.5 batu nautika Timur Tanjung Penyusop. Beliau memberitahu, kapal tersebut dikendalikan 12 kru termasuk nakhoda…










