KUBANG PASU 3 April – Seorang warga emas di sini, yang seakan-akan mendengar bunyi deruman seperti ombak, tidak menyangka ia sebenarnya adalah gulungan angin kuat dari kawasan sawah padi yang berhadapan dengan rumahnya, petang semalam. Kejadian itu turut menerbangkan bumbung kediamannya di Kampung Paya, Keriang Menyabung. Ketika itu, Manih Chat, 73, sedang bersiap-siap untuk mandi sebelum mengambil keputusan meninjau di bahagian luar rumahnya setelah mendengar bunyi yang amat kuat kira-kira pukul 6.30 petang. AZIZAN ANI memeriksa barangan yang boleh dipakai untuk disimpan di tempat selamat selepas bumbung rumahnya diterbangkan ribut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya