KOTA BHARU 15 April – Kurang setahun selepas meninggalkan Kelantan, Yusri Che Lah akhirnya kembali ke pangkuan skuad The Red Warriors (TRW) selepas menandatangani kontrak sebagai jurulatih semalam. Pelantikan Yusri menggantikan Marko Kraljevic diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan yang menyifatkan bekas bintang tengah Perlis itu sebagai orang paling layak memulihkan TRW. Selepas tersingkir daripada Piala FA, Kelantan yang kini menghuni tangga ketiga tercorot…










