Malaysia usaha buka pejabat kedutaan di Palestin - Utusan Malaysia

Malaysia usaha buka pejabat kedutaan di Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia berusaha mencari jalan kemungkinan membuka pejabat kedutaan di Palestin, meskipun sedar ia bukanlah satu perkara mudah, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, walaupun pada masa sekarang dari segi praktikalitinya usaha itu bukanlah mudah, namun ia penting bagi membolehkan Malaysia terus membantu rakyat Palestin yang sejak berdekad lalu dicengkam kezaliman rejim Tel Aviv.

“Bila? Itu soal kedua. Tetapi cita-cita mesti ada, komitmen mesti ada dan persiapan atau usaha mesti dimulakan.  

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia tugas dan tanggungjawab sebuah negara berdaulat (seperti Malaysia) membantu negara yang berdepan masalah, menolong rakyat mana-mana negara yang telah bertahun-tahun dizalimi iaitu sejak 1948 (apabila Israel dibentuk),” katanya kepada Bernama selepas rakaman program Ruang Bicara Bernama News Channel (BNC) di sini Isnin.

Ujar Saifuddin buat masa ini pihaknya masih belum berhasrat membawa cadangan itu ke peringkat Kabinet. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini