KUALA LUMPUR 30 April – Pendirian Malaysia dalam memperjuang nasib rakyat Palestin adalah konsisten dan pendirian Malaysia terhadap Israel masih tidak berubah iaitu tiada sebarang hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya. Beliau sekali gus menegaskan bahawa kerajaan tidak akan sama sekali mempertimbang untuk membuka kedutaan besar Malaysia di Israel selagi konflik antara Palestin dan Israel tidak diselesaikan. “Malaysia tidak akan berkompromi selagi penindasan ke…