Tidak perlu berundur atas desakan kelompok kecil

Tidak perlu berundur atas desakan kelompok kecil

RAIS YATIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak seharusnya meletakkan jawatan semata-mata desakan sekelompok kecil dan bukannya melalui saluran formal yang diambil secara konsensus. 

Pemimpin veteran Bersatu, Tan Sri Rais Yatim berkata, tindakan segelintir pihak yang mahu Muhyiddin berundur tidak mengambar asas perjuangan parti yang ditubuhkan untuk membela nasib orang Melayu Islam dan rakyat keseluruhan.

“Saya sebagai orang lama politik yang sudah lama di bawah 10 Perdana Menteri, saya dukacita terhadap budaya buruk dibawa oleh anak muda dalam perhimpunan tersebut. Kata-kata tidak membawa persekutuan satu perjuangan, namun sedikit sebanyak ia menzahirkan tanda falsafah Bersatu agak terjejas. 

“Meskipun pihak lain mengatakan Muhyiddin perlu berundur, namun desakan itu bukan dalam arus formal atau sebarang usul dibawa. Apa yang penting adalah kepemimpinan hanya perlu dilakukan kemaskan rumah tangga supaya orang muda tidak berbudaya politik dengan baik itu dapat dicegah,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Kelmarin, Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu kecoh apabila beberapa individu melaungkan jeritan ‘Turun Tan Sri’ ketika Muhyiddin berucap mengenai individu cuba kutip tanda tangan bagi menjatuhkan Presiden.

Bagaimanapun Rais berkata, meskipun kekecohan tersebut datang daripada kumpulan minoriti, namun boleh memberi kesan kepada parti itu jika tidak diatasi dengan baik. 

Katanya, kepimpinan Bersatu perlu bertindak sewajarnya dalam mengambil tindakan terhadap individu yang membuat kekecohan itu. 

“Ia mesti diambil kira sebagai pucuk tumbuhan yang boleh berkembang jika tidak diatasi dengan baik. Bila kita lihat kekecohan yang berlaku itu, langkah preventif tiada,” katanya.

“Saya serahkan kepada pihak berwajib iaitu Biro Politik Bersatu dan kepimpinan tertinggi parti. Apa yang jadi pada malam itu tidak selaras dengan suatu parti dinamakan sebagai Bersatu. Ia mesti diatasi dengan cara yang lebih ikhlas,” katanya.

Katanya, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Muhyiddin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai tindakan yang perlu diambil.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN