KUALA LUMPUR – Syarikat francais luar dialu-alukan untuk melebarkan sayap di negara ini dengan menjadikan Malaysia sebagai hab perniagaan mereka, sekali gus mengukuhkan pasaran masing-masing di rantau Asia Tenggara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kemakmuran rantau ini seharusnya berupaya menarik perhatian para pelabur dan Malaysia secara khusus boleh menjadi platform untuk syarikat berkenaan melancarkan produk serta perkhidmatan masing-masing bagi pasaran baharu. “Persekitaran yang mesra perniagaan dan kerajaan properniagaan seharusnya meyakinkan anda bahawa Malaysia adalah pilihan yang tepat sebagai hab pelaburan,” katanya ketika berucap pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya