Malaysia dapat manfaat pelaburan modal China - Utusan Malaysia

Malaysia dapat manfaat pelaburan modal China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Malaysia menjadi penerima manfaat utama daripada modal China dengan pelaburan berjumlah AS$43.8 bilion (RM181 bilion) bagi tempoh 10 tahun lepas, menurut laporan Knight Frank’s New Frontiers: Prospects for Real Estate Along the Belt and Road Initiative yang dikeluarkan baru-baru ini.

Knight Frank dalam kenyataannya berkata, laporan itu bertujuan untuk membantu pelabur dan penghuni memahami potensi yang boleh dijana melangkaui sempadan Inisiatif Jalur dan Jalan China (BRI).

Mengulas impak BRI terhadap Malaysia, Pengarah Eksekutif Pasaran Modal Knight Frank Malaysia, Allan Sim berkata, lawatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke China baru-baru ini telah meningkatkan keyakinan pelabur China untuk kembali ke Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berikutan perubahan kerajaan pada Mei 2018, sejumlah pelaburan dan projek Chin, terutamanya projek infrastruktur mega telah ditangguhkan.

“Bagaimanapun, kehadiran perdana menteri dan wakil perniagaan Malaysia pada Forum Inisiatif Jalur dan Jalan bagi Kerjasama Antarabangsa yang baru berakhir ditambah dengan hasrat beliau untuk mempercepatkan penubuhan pusat sehenti untuk memudahkan kelulusan berkaitan pelaburan asing telah memberi jaminan dan keyakinan kepada firma China menimbangkan semula untuk melabur di Malaysia,” katanya di sini hari ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini