Malaysia Airlines bekerjasama dengan Expedia, Grab dan Maxis - Utusan Malaysia

Malaysia Airlines bekerjasama dengan Expedia, Grab dan Maxis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 24 April – Malaysia Airlines bekerjasama dengan Brand Expedia, Grab dan Maxis yang akan memberi manfaat kepada produk MHexplorer, program perjalanan pelajar digital sepenuhnya

Ketua Pegawai Perolehan Kumpulan Malaysia Airlines, Ignatius Ong berkata, menerusi kerjasama itu, para pelajar akan menikmati diskaun lapan peratus bagi hotel domestik dan 10 peratus hotel antarabangsa di bawah Brand Expedia.

Katanya, ahli MHexplorer juga berpeluang memdapat penjimatan lapan peratus bagi pengangkutan Grab ke lapangan terbang termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ahli MHexplorer juga boleh berjimat RM120 apabila mereka mendaftar bagi pelan Hotlink Flex Plus yang menawarkan data 10GB dan panggilan telefon serta khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa had.

“Pelan mudah alih itu pada asalnya berharga RM60 sebulan kini berharga hanya RM50 sebulan bagi tempoh 12 bulan,” katanya pada majlis menandatangani kerjasama di antara Malaysia Airlines dengan Brand Expedia, Grab dan Maxis di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini