Makan apa sahaja, bayar ikut suka di Restoran M Mamak - Utusan Malaysia

Makan apa sahaja, bayar ikut suka di Restoran M Mamak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 30 April – Makan apa sahaja dan bayar ikut suka.

Ia mungkin kedengaran tidak logik, namun itulah yang ditawarkan Restoran M Mamak di Tanjung Tokong di sini khususnya kepada penggemar nasi kandar.

Promosi itu akan diadakan pada Jumaat ini bermula pukul 12 tengah hari hingga 3 petang melibatkan lebih lapan jenis lauk-pauk berkuah, sayur-sayuran, telur dadar dan sebagainya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih menarik, pelanggan terawal juga boleh menikmati nasi beriyani sepanjang promosi itu manakala minuman pula ditawarkan pada harga promosi.

Menurut Ketua Cef Restoran M Mamak, Mohamed Bunyameen Abu Rasheed Bistamin, 29, promosi makan apa sahaja dan bayar ikut suka itu ditawarkan pihaknya sebagai antara usaha menyumbang dan berbakti khususnya kepada penduduk di sekitar Tanjung Tokong.

Selain itu, katanya, promosi tersebut juga bertujuan memperkenalkan rangkaian ketiga Restoran M Mamak di kawasan tersebut yang mula beroperasi sejak Januari lalu.

Tambah beliau, tawaran itu juga diteruskan melihat kepada sambutan menggalakkan orang ramai ketika dua kali diadakan sebelum ini yang dihadiri lebih 500 dan 800 pelanggan.

“Ketika dua kali diadakan sebelum ini, ada pelanggan yang membayar 10 sen dan kita terima kerana konsepnya adalah makan apa sahaja dan bayar ikut suka.

“Dalam masa sama, kita memberi jaminan setiap pelanggan yang datang pasti dapat menikmati hidangan yang ditawarkan dan kita tidak akan membiarkan sesiapa pun pulang dengan kecewa,”katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Bunyameen berkata, pihaknya juga akan meneruskan tawaran tersebut setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadan bermula pukul 6.30 petang hingga 10 malam.

Katanya yang mempunyai pengalaman 15 tahun sebagai tukang masak, tawaran itu adalah sebahagian daripada pakej berbuka puasa yang boleh dinikmati pelanggan di restoran berkenaan pada hari-hari lain yang ditawarkan pada harga istimewa.

“Saya juga memberi jaminan menu nasi kandar yang kita tawarkan berbeza dengan restoran lain kerana resepi dan rempah ratus yang digunakan sepenuhnya asli atau semula jadi tanpa perasa tambahan dan pengawet,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini