BERSEMANGAT. Bagi memastikan ahli-ahlinya tetap bersemangat, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali turun padang menyampaikan amanat kepada kepemimpinan Perkasa Negeri Sembilan dalam Majlis Taklimat dan Penerangan Presiden Perkasa di Rantau, Negeri Sembilan. Dalam majlis yang turut dihadiri beberapa kepemimpinan tertinggi Perkasa itu, Ibrahim juga sempat berkongsi pengalaman beliau sejak awal penubuhan Perkasa dan mahu barisan kepemimpinan negeri baharu pertubuhan itu untuk terus tetap dengan perjuangan. Kepemimpinan…










