Majlis Halal Negeri Johor ditubuhkan - Utusan Malaysia

Majlis Halal Negeri Johor ditubuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 April – Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) menubuhkan Majlis Halal Negeri Johor yang berkuatkuasa pada 20 Mac lalu.

Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, penubuhan majlis itu bertujuan merangka dasar-dasar berkaitan persijilan halal di Johor agar semua industri memiliki sijil pengesahan halal Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Kerajaan Negeri Johor menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas perkenan Tuanku dengan penubuhan Majlis Halal Negeri Johor di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, kerajaan negeri mengalu-alukan semua industri agar mendapatkan persijilan halal bagi memastikan masyarakat mendapat perkhidmatan produk yang terjamin lagi halalan toyyiban,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada ketika berucap dalam Majlis Multaqa Ulama Kali Ke-7 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini sebentar tadi.

Tungku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mewakili Sultan Johor merasmikan majlis berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini