MANCHESTER 25 April – Penyerang Manchester United, Marcus Rashford menggesa rakan sepasukannya agar menjadi diri sendiri selepas pasukannya tewas buat kali ketujuh dalam sembilan perlawanan hari ini. Jaringan Bernardo Silva dan Leroy Sane dalam tempoh 12 minit selepas waktu rehat sudah cukup memberikan kepedihan buat skuad Red Devils, menyaksikan mereka ketinggalan tiga mata dari kelompok empat teratas. “Hari ini kami bermain tidak seperti Manchester United. Ia salah. Kami sebenarnya perlu…










