Mahu lihat aksi ‘kungfu’ sila tonton MMA - Neymar - Utusan Malaysia

Mahu lihat aksi ‘kungfu’ sila tonton MMA – Neymar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 27 April- Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, menggesa pengkritiknya untuk menonton seni bela diri campuran (MMA) jika mahu melihat seseorang ditendang.

Penyerang itu bukan sahaja menyerlah di Barcelona tetapi turut melakukan perkara yang sama di PSG walaupun dia mengalami dua kecederaan kaki yang serius.

Meskipun sentiasa mempamerkan aksi menarik dan menghiburkan namun Neymar tidak pernah terlepas daripada kritikan, dengan sesetengahnya mendakwa dia seorang pemain yang tidak menghormati lawan di samping sering menjatuhkan badan untuk mendapatkan perhatian pengadil.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ekoran faktor itu menyaksikan Neymar sering menjadi ‘mangsa’ kekasaran barisan pertahanan lawan.

Bintang Brazil itu menggesa penyokong menikmati permainan yang menarik bukan melihat pemain untuk ditendang.

“Mungkin cara saya bermain, ia membuatkan pertahanan lawan berang sehingga ramai yang mula melihat bermain secara kasar, melakukan terjahan ke atas pemain adalah sesuatu yang betul, berbanding mereka yang menggelecek bola.

“Kualiti terbaik saya adalah cara saya mengawal bola dan saya tidak pernah mahu berhenti bermain dengan cara ini.

“Gaya permainan saya telah membawa penyokong membanjiri stadium. Tiada siapa yang hadir untuk melihat pemain ditendang.

“Jika anda mahukannya, anda boleh menonton MMA atau tinju,” kata Neymar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini