Mahkamah tolak kentut sebagai buli - Utusan Malaysia

Mahkamah tolak kentut sebagai buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE, Australia – Satu kes buli di tempat kerja difailkan seorang jurutera terhadap bekas penyelianya yang didakwa suka kentut telah ditolak Mahkamah Rayuan negeri Victoria hujung minggu lalu, lapor akhbar Daily Mail. Mahkamah tersebut mengekalkan keputusan Mahkamah Agung Australia bahawa walaupun dakwaan David Hingst, 56, itu benar, kentut tidak semestinya dianggap satu tindakan membuli. Hingst, bagaimanapun, enggan mengalah dan mahu membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi iaitu peringkat terakhir rayuan dalam sistem perundangan Australia. Dia turut menuntut ganti rugi sebanyak A$1.8 juta (RM5.2 juta) daripada bekas majikannya di Melbourne iaitu…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN