KAMPALA 19 April – Mahkamah Tinggi Uganda semalam mengekalkan pindaan Perlembagaan yang memansuhkan had umur presiden, sekali gus membuka ruang kepada Yoweri Museveni, 74, untuk terus memegang jawatan itu untuk penggal keenam sejak 1986.
Sebelum ini, undang-undang baharu mewajibkan calon Presiden perlu berusia di bawah 75 tahun dan sesungguhnya, perkara ini menghalang Museveni daripada menyertai pilihan raya umum negara itu yang dijangka diadakan pada 2021.
Namun undang-undang itu dimansuhkan pada Disember lalu, sekali gus mencetus demostrasi dan kemarahan pembangkang yang menuduh Museveni merampas kuasa. -AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











