TEROKA. Seramai 43 pelajar Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (Bio-D Tropika) Universiti Malaysia (UMT) Terengganu mengikuti Ekspedisi Saintifik Pulau Bidong 2019 di Stesen Penyelidikan Alami Pulau Bidong, Terengganu baru-baru ini. Ekspedisi tersebut diadakan untuk menjalankan penyelidikan saintifik di Pulau Bidong selain meneroka kawasan puncak bukit yang jarang diteroka oleh para penyelidik. Penolong Pegawai Tadbir Bio-D Tropika, Sahrim Ngah berkata, program itu merupakan rentetan daripada program ekspedisi sebelum ini yang…










