MAHASISWA adalah golongan pencetus kepada revolusi kepimpinan dan ketamadunan negara pada masa depan. Golongan intelektual ini memainkan peranan penting dalam membawa pembaharuan berteraskan matlamat membina sebuah negara yang bertamadun tinggi dan mempunyai sahsiah serta akhlak yang terpuji. Menurut Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Muhammad Azam Asri, matlamat ke arah menjamin kepimpinan dan ketamadunan serta peradaban negara pada masa depan akan tercapai sekiranya masyarakat lebih-lebih lagi golongan mahasiswa dapat mewujudkan…










