Maharaja Akihito turun takhta - Utusan Malaysia

Maharaja Akihito turun takhta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Maharaja Akihito, 84 melakukan ritual upacara turun takhta selama 10 minit di bilik “Matsu-no-Ma” iaitu sebuah bilik yang diperbuat daripada kayu seluas 370 meter persegi yang dianggap sebagai bilik paling elegan di Istana Maharaja hari ini.

Ia adalah satu-satunya bilik dengan lantai kayu yang diperbuat daripada Pokok Zelkova Jepun dengan dinding yang ditutup dengan kain bermotifkan dedaun pokok berkenaan.

Upacara itu akan diadakan di hadapan pedang warisan dan permata kuno yang menjadi sebahagian daripada persalinan pakaian maharaja itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas  detik 12 tengah malam ini, baginda tidak lagi bergelar Maharaja sebaliknya digantikan dengan Putera Mahkota Naruhito,57.

Akihito sebelum ini pernah menjalani pembedahan jantung dan rawatan kanser prostat, dalam satu kenyataan tahun lalu bertitah, baginda bimbang faktor usia menyulitkan baginda untuk melaksanakan tanggungjawab.

Maharaja Jepun disanjung tinggi sebagai ‘simbol negara dan penyatuan rakyat’ dalam perlembagaan pasca perang, namun kedudukannya tidak mempunyai kuasa politik.

Akihito, bersama Maharani Michiko, banyak menghabiskan masa baginda mententeramkan rakyat daripada terus disalut duka Perang Dunia Kedua – yang dilalui semasa zaman Jepun di bawah naungan ayahandanya, Hirohito.

Kali terakhir maharaja Jepun diturunkan takhta adalah pada tahun 1817.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini