Maafkan Lan Pet Pet sebab dia sudah insaf - Utusan Malaysia

Maafkan Lan Pet Pet sebab dia sudah insaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 24 April – Pengawal keselamatan, Yahya Manap, 68, mengakui hatinya terbuka untuk memaafkan pelawak, Lan Pet Pet kerana yakin dengan keinsafan yang ditunjukkan pelakon itu.

Katanya, dia juga membatalkan hasrat menyaman pelawak berusia 49 tahun yang memukulnya dalam kejadian di Acacia Park Desa Jati di Nilai di sini pada 6 April lalu.

Ujarnya, dalam pertemuan di sebuah pasar raya di sini malam tadi, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad mengakui bertindak di luar batasan kerana berada dalam keadaan tertekan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya faham mana-mana individu boleh bertindak seperti itu apabila berada dalam keadaan demikian. Saya sudah maafkan Lan Pet Pet. Lupakan perkara yang lalu. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Lagipun tidak lama lagi kita akan menyambut Ramadan.

“Dia datang bersama keluarganya berjumpa dengan keluarga saya dan memohon maaf. Saya dengan hati terbuka memaafkannya selepas melihat keinsafan yang ditunjukkannya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Pada 15 April lalu, Mazlan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memukul Yahya semasa warga emas itu sedang bertugas di kawasan perumahan Acacia Park Desa Jati.

Yahya sebelum ini tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan dan berhasrat merayu hukuman itu di Mahkamah Tinggi Seremban serta mahu menyaman pelawak tersebut.

Sementara itu, Yahya berkata, beliau akan mewakafkan wang berjumlah kira-kira RM4,000 yang disumbangkan orang ramai sebelum ini untuknya mendapatkan khidmat peguam bagi kes berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, dia dimaklumkan Lan Pet Pet akan mengadakan sidang akhbar berhubung isu itu, namun tarikhnya belum ditetapkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini