MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan pasukannya tidak akan membuat sebarang tawaran terhadap pemain Manchester United, Paul Pogba meskipun pemain tengah tersebut telah dikaitkan bakal meninggalkan Old Trafford musim depan. Pogba sebelum ini bergelut dengan prestasi di bawah kendalian bekas pengurus, Jose Mourinho sebelum mendapat kembali sentuhan sebenarnya sebaik sahaja Ole Gunnar Solskjaer mengambil alih tugas tersebut di Old Trafford. Biarpun sering menampilkan aksi yang kurang konsisten, namun pemain antarabangsa Perancis itu telah menjaringkan 13 gol dan mencatat sembilan bantuan jaringan dalam kempen Liga Perdana England (EPL) musim…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya