KUALA LUMPUR 9 April – Pindaan Fasal (2) Perkara 1 dalam Perlembagaan Persekutuan akan meletakkan kedudukan sama rata Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat dan hasrat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pindaan itu bagaimanapun tidak akan mengubah fungsi kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri di bawah konsep federalisme. Beliau malah memberitahu, menerusi pindaan itu juga, frasa negeri-negeri Borneo akan dikeluarkan daripada Perlembagaan Persekutuan…










