LIVERPOOL 10 April – Gol babak pertama Naby Keita dan Roberto Firmino memastikan Liverpool meraih bekalan untuk dibawa ke Portugal minggu depan selepas menundukkan Porto 2-0 pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Anfield, hari ini. Apa yang lebih melegakan pengendali Reds, Jurgen Klopp adalah memastikan gawang mereka tidak dibolosi di laman sendiri. Biarpun Liverpool mensia-siakan banyak peluang untuk menambah jaringan selepas menguasai sebahagian besar permainan, namun keputusan itu tetap…










