SANDAKAN 26 April -Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini mengumumkan bahawa Naib Presiden parti dan Anggota Parlimen untuk dua penggal, Datuk Linda Tsen Thau Lin sebagai calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan. Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili yang membuat pengumuman itu berkata, bekas anggota Parlimen Batu Sapi berusia 63 tahun itu mempunyai rekod prestasi yang baik. Ongkili berkata, parti itu akan terus memperjuangkan isu-isu penting, khususnya…










