SABAK BERNAM – Sekumpulan penjenayah termasuk seorang wanita ditahan selepas dikehendaki polis atas pelbagai kesalahan dalam serbuan di bengkel membaiki kenderaan di Tebuk Tupar, Tebuk Pulai, di sini, semalam. Serbuan pukul 1 pagi itu menahan lima suspek termasuk seorang wanita berusia 25 hingga 40 tahun. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, hasil pemeriksaan di bengkel itu menemui 10 peket plastik lut sinar dipercayai mengandungi dadah jenis…










