KUALA TERENGGANU – Terengganu Football Club I (TFC I) tewas mengejut 1-2 kepada pasukan berstatus kelab, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi. Penyerang import PKNP FC, Giancarlo Rodrigues muncul wira apabila meledak dua gol sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama TFC I di gelanggang sendiri pada musim ini. Rodrigues yang berasal dari Brazil menjaringkan gol pertama pelawat…










