LHDN jawab isu derma asing - Utusan Malaysia

LHDN jawab isu derma asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Derma asing adalah tertakluk kepada cukai berdasarkan kes, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah.

Beliau berkata, pihaknya perlu melihatnya berdasarkan fakta dan tidak boleh membuat sebarang kenyataan secara umum.

“Saya perlu melihat (derma asing) berdasarkan fakta, saya tidak boleh membuat kenyataan secara umum,” kata ketika mengulas sama ada derma asing dikenakan cukai atau sebaliknya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Cukai Malaysia 2019 di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu ketika ditanya mengenai bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang diminta LHDN untuk membayar cukai benilai RM1.5 bilion, Sabin berkata, beliau tidak dapat mengulas mengenai perkara itu kerana terikat dengan peruntukan kerahsiaan. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini