COLOMBO 25 April – Satu insiden letupan berlaku di kira-kira 40 kilometer ke timur bandar raya ini hari ini, namun tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan.
Channel News Asia melaporkan, polis kini menyiasat insiden tersebut yang berlaku di sebuah kawasan di belakang sebuah bangunan mahkamah di Pugoda.
Jurucakap polis, Ruwan Gunasekera berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti sama ada letupan itu mempunyai kaitan dengan insiden pengebom bunuh diri pada Ahad lalu. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











