KUALA LUMPUR 8 April – Sebahagian jalan di simpang lampu isyarat Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, Petaling Jaya dekat sini akan dilencongkan sementara mulai hari ini hingga 17 September ini.
PENGGUNA dinasihatkan untuk membuat pusingan-U di persimpangan TTDI, Sprint Penchala Link menghala ke Puchong. – UTUSAN ONLINE
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam satu kenyataan memaklumkan, lencongan itu bagi memberi laluan kerja-kerja pemasangan cerucuk, tukup cerucuk (pile cap) dan tiang tembok sambut (pier column) di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Memuatkan artikel berkaitan…
“Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk membuat pusingan-U di persimpangan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) Penchala Link menghala ke Puchong,” katanya. – UTUSAN ONLINE











